Resipi Puding Roti Simple Terkini 2024

Posted on

Resipi Puding Roti Simple – Kami ingin berkongsi resepi puding roti simple. Sedang mencari idea untuk resipi minum petang atau pencuci mulut?

Ya! Sudah pasti, resipi puding roti marble menjadi salah satu pilihan sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut.

Selain resepi puding roti kastard bahan-bahan yang mudah didapati. Cara-cara memasak yang mudah juga menjadi salah satu sebab mengapa resipi puding roti kastard ini menjadi pilihan sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita cuba resipi puding roti bersos kastad yang sedap ini.

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Daging Masak Kicap Simple Terkini 2024

Bahan Puding Roti

resipi puding roti simple
imej bahan puding roti simple (puding roti resipi) puding roti sos kastar sedap

Resipi Puding Roti Simple – Semak bahan bahan puding roti kastar pada puding roti resepi dibawah ni,

  • Bahan-bahan puding roti:
    • 8 keping roti
    • 4 sb mentega
    • ¼ cawan kismis
    • 2 cawan susu full cream
    • ½ cawan gula
    • 1 sk esen vanila
    • ¼ sk serbuk kulit kayu manis
    • Secubit garam
    • 3 biji telur
    • Gula perang secukupnya
  • Bahan-bahan sos kastard (resepi sos kastard / resepi kuah kastard):
    • 1 tin susu cair
    • 2 sb tepung kastard
    • 1 cawan air
    • 4 sb gula
    • Secubit garam

Cara Buat Puding Roti

imej cara memasak puding roti
imej cara memasak puding roti (gambar puding roti) puding roti sedap

Resipi Puding Roti Simple – cara masak puding roti pada resepi puding roti sos kastard kami kongsikan dibawah ni,

  1. Cara-cara untuk puding roti (resipi puding roti karamel) :
    1. Potong roti 8 bahagian.
    2. Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar.
    3. Susun potongan roti didalam dulang pembakar.
    4. Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur. Kacau sebati semua bahan.
    5. Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
    6. Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
    7. Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.
    8. Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.
  2. Cara-cara untuk sos kastard:
    1. Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
    2. Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.
  3. Cara-cara untuk puding roti & sos kastard:
    1. Sesudah siap dibakar, sapu dengan mentega cair pada permukaan roti yang masih suam-suam panas.
    2. Potong puding roti dan hidangkan bersama sos kastard.

Nota (Resipi Puding Roti Simple)

Resipi Puding Roti Simple – Selain daripada hiasan kismis di atas puding roti, kita boleh menambahkan bijirin coklat atau kacang seperti badam dan hazelnut.

Untuk memastikan sos kastad sudah masak dan pekat, kita boleh menggunakan kaedah mengukur ketebalan sos dengan mengambil sedikit sos dengan hujung jari dan memeriksa jika bekas lorekannya dapat dilihat pada permukaan senduk.

Sos yang telah menjadi pekat akan meninggalkan bekas pada senduk berbanding dengan sos kastard yang masih cair.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment