Resipi Daging Masak Kicap Simple Terkini 2024

Posted on

Resipi Daging Masak Kicap Simple – Sedang mencari untuk resepi masakan daging masak kicap yang sedap? Anda telah sampai ke tempat yang tepat.

resepi daging kicap (daging masak recipe) merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia, baik untuk makan tengah hari ataupun makan malam.

Asalkan daging goreng kicap disajikan dengan nasi putih, sudah cukup memuaskan. Hidangan masak daging kicap ini benar-benar lezat jika dimasak dengan baik.

Apakah anda suka makanan daging masak kicap pedas? Tetapi sukar mencari resepi yang sesuai dengan tahap kepedasan anda? Anda boleh mencuba resepi daging masak kicap yang sangat popular di Facebook.

Adakah anda lebih suka hidangan daging masak kicap berkuah disajikan bersama dengan kentang goreng atau tanpa? Kedua-duanya sangat nikmat dan memuaskan.

Kami tidak akan menulis panjang lebar, tetapi kami ingin berkongsi artikel mengenai resepi daging masak kicap sedap yang harus anda cuba.

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Daging Black Pepper Terkini 2024

Bahan Daging Masak Kicap

resipi daging masak kicap simple
imej bumbu daging masak kicap (gambar daging masak kicap) resipi daging masak kicap simple

Resipi Daging Masak Kicap Simple – bahan bahan daging masak kicap pada resepi daging masak kicap simple kami kongsikan dibawah ni,

  • Bahan-bahan:
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 biji kentang
    • Sedikit garam
    • Rempah 4 sekawan
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 1 batang serai
    • Kicap manis secukupnya
    • Sedikit air asam jawa
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 7 tangkai cili padi
    • Daun bawang
    • 1 biji bawang holland
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 500g daging
    • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis

Cara Masak Daging Kicap

imej cara memasak daging masak kicap
imej cara memasak daging masak kicap (daging masak kicap resepi / daging masak kicap resipi)

Resipi Daging Masak Kicap Simple – cara buat daging masak kicap kami kongsikan dibawah ni,

  1. Potong daging kepada kepingan nipis mengikut arah melawan urat.
  2. Rendam daging dengan campuran kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.
  3. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Potong kentang dan campur dengan garam.
  5. Potong daun bawang (sekitar 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja) dan bawang Holland (potong membulat tebal).
  6. Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak.
  7. Angkat kentang dan ketepikan.
  8. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar dan rempah empat sekawan sehingga naik bau rempah.
  9. Masukkan cili yang di tumbuk kasar dan apabila cili sudah masak garing, masukkan serai yang telah dititik.
  10. Kemudian, masukkan daging yang telah direndam dan masak dengan api perlahan.
  11. Bila daging telah separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak selama 30-40 minit.
  12. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang Holland.
  13. Sajikan daging dan hias dengan hirisan daun bawang.

Nota (Resipi Daging Masak Kicap Simple)

Resipi Daging Masak Kicap Simple – Potong daging melawan arah urat supaya daging tidak kelihatan rongga-rongga apabila ditekan.

Gula dalam kicap manis dapat membantu melembutkan daging. Goreng kentang dengan api besar supaya kulitnya menjadi rangup, tetapi pastikan bahagian dalamnya tidak terlalu lembut.

Semasa memasak daging, gunakan api kecil supaya daging menjadi lembut. Jika ingin warnanya lebih gelap, boleh tambahkan lebih banyak kicap. Jika kuantiti kuah kurang, boleh tambahkan sedikit air.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment