Resipi Mee Bandung Simple Terkini 2024

Posted on

Resipi Mee Bandung Simple – Apa menu masakan untuk hari ini! Ibu-ibu mungkin sudah kehabisan idea untuk memasak, betul tak?

Bagaimana jika anda mencuba resepi mee bandung simple yang pastinya sedap dan memikat selera. Mee bandung resipi ini sesuai disajikan kepada keluarga anda hari ini.

Asalnya, resepi mi bandung terdiri daripada mee kuning dan telur yang dicampur dengan kuah pekat yang dihasilkan daripada campuran cili, bawang yang ditumis dengan rempah ratus, belacan dan udang kering.

Rasa manis dan berlemak resepi kuah mee bandung ini tentunya menjadi kegemaran ramai orang. Namun, anda boleh menambahkan bahan-bahan lain seperti udang, daging, bebola ikan dan sayur untuk menambahkan kelezatan hidangan ini.

Untuk versi resepi mie bandungyang lebih mewah, anda boleh menambahkan udang galah, kerang atau tulang kaki lembu yang juga dikenali sebagai gear box.

Mee bandung cukup popular di Muar, Johor (resepi mee bandung utara) tetapi kini ia menjadi hidangan terkenal di seluruh Malaysia termasuk Singapura.

Selepas mencuba mee bandung resepi ini, pastinya anda akan ingin makan lagi. Cara menyediakan resepi mee bandung sedap ini sangat mudah dan ringkas.

Anda boleh mencuba resipi mee bandung sedap yang dikongsikan ini, oleh kerana hidangan ini mudah disediakan, mengapa tidak mencubanya di rumah?

Ikuti sahaja langkah-langkah dalam Resipi Mee Bandung Simple yang dikongsikan ini dijamin sedap !

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Kari Ayam Simple Terkini 2024

Bahan Mee Bandung

imej bahan bahan mee bandung simple
imej bahan bahan mee bandung (Gambar mee bandung) resipi mee bandung udang

Resipi Mee Bandung Simple – sebelum ke cara buat mee bandung anda harus semak bumbu mee bandung dibawah ini,

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 2 sudu besar udang kering
    • 1-2 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • sedikit minyak
    • 4-5 biji bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng)
    • 2 ketul tauhu
    • 2-3 sudu besar cili kisar
    • 3 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 100g isi ayam (resepi mee bandung ayam simple)
    • sedikit serbuk lada sulah
    • Anggaran 1 liter air
    • 1 ikat sayur sawi
    • ½ batang lobak merah
    • ½ ketul kiub ayam / daging (resepi mee bandung daging)
    • 1 biji tomato
    • 8-10 ekor udang (resepi mee bandung udang)
    • garam, secukup rasa
    • sedikit lada sulah (tambahan)
    • sedikit gula
    • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
    • 4 tangkai cili padi
    • 4 biji telur
  • Bahan-bahan untuk hiasan/condiments:
    • daun bawang
    • cili merah
    • limau nipis

Cara Buat Mee Bandung

imej cara masak mee bandung
imej cara masak mee bandung / cara memasak mee bandung (mee bandung udang resepi / mee bandung udang resipi)

Resipi Mee Bandung Simple – cara membuat mee bandung kami kongsikan dibawah ni,

  1. Potong tomato, lobak merah, sawi yang telah dipisahkan batang dan daunnya.
  2. Potong ayam menjadi irisan nipis.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Kerap diadun dan angkat setelah kecoklatan. Tiris minyak setelah itu.
  4. Goreng tauhu hingga kecoklatan dan goreng udang separuh masak sebelum angkat.
  5. Tumis bahan yang telah ditumbuk kasar sehingga kecoklatan dan naik bau.
  6. Setelah itu, masukkan cili yang telah dikisar dan teruskan menumis selama kira-kira 5 minit.
  7. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, irisan ayam, dan serbuk lada sulah. Gaul rata dan masak hingga ayam masak.
  8. Kemudian, masukkan air, batang sawi, irisan lobak merah dan renehkan kuah seketika.
  9. Tambahkan kiub ayam (pilihan), irisan tomato, udang, garam secukup rasa, sedikit lada sulah dan gula.
  10. Bancuh tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuah. Tuangkan sedikit dahulu dan perhatikan kepekatan kuah yang diinginkan.
  11. Tambahkan cili padi untuk kuah yang lebih pedas.
  12. Letakkan 4 biji telur dan daun sawi. Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.
  13. Rebus mee dan siapkan bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah dan limau nipis.
  14. Akhirnya, mee bandung siap untuk dihidangkan bersama bahan hiasan tersebut.

Nota (Resipi Mee Bandung Simple)

Resipi Mee Bandung Simple – Jika tidak ingin menggunakan udang, ia boleh diganti dengan sotong. Jika sudah mempunyai bawang goreng yang dibeli siap, langkah ketiga untuk membuat kuah mee bandung tidak perlu lagi menggoreng bawang.

Semasa memasukkan telur ke dalam kuah, elakkan mengacau telur untuk mengelakkan telur menjadi hancur dan kuantiti telur perlu disesuaikan mengikut bilangan orang yang makan.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment