Resipi Kari Ayam Simple Terkini 2024

Posted on

Resipi Kari Ayam Simple – Anda sepatutnya mencuba resepi kari ayam simple ini. Resepi ayam masak kari ini mudah untuk dijadikan hidangan tengah hari atau malam.

Salah satu warisan yang dibawa oleh masyarakat India semasa zaman sebelum kemerdekaan ialah masakan resepi ayam kari mereka. Kari merupakan hidangan India yang paling terkenal di negara ini.

Resepi kari ayam sedap ini mengandungi pelbagai rempah dan santan yang menjadikannya berkuah pekat dan lemak, pasti dapat memuaskan selera peminatnya.

Resepi ayam masak kari kini dimasak oleh kebanyakan masyarakat Malaysia dengan semangat muhibbah. Anda boleh menikmatinya dengan nasi, roti, roti jala atau nasi himpit, bergantung kepada selera anda.

Jom cuba resipi kari ayam sedap ini! kari ayam resepi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Bihun Goreng Simple Terkini 2024

Bahan Kari Ayam Simple

imej bumbu kari ayam simple
imej bumbu kari ayam simple (gambar ayam kari / gambar kari ayam)

Resipi Kari Ayam Simple – sebelum ke cara masak kari ayam simple anda harus siapkan bahan bahan kari ayam dibawah ni,

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang
  • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil halba campur

Cara Memasak Kari Ayam

imej cara memasak ayam kari
imej cara memasak ayam kari (Ayam kari resepi / ayam kari resipi)

Resipi Kari Ayam Simple – cara masak ayam kari / cara buat kari ayam kami kongsikan dibawah ni,

  1. Cuci ayam yang telah dipotong kecil dan ketepikan.
  2. Campurkan serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air sehingga menjadi pes yang pekat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan A dan B sehingga kuning keemasan dan wangi.
  4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga minyak pecah.
  5. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi. Ulangi proses sekurang-kurangnya 3 kali.
  6. Setelah pes minyak pecah, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga separuh masak.
  7. Tambahkan sedikit air jika perlu, supaya kari tidak hangus di bahagian bawah.
  8. Masukkan santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kari menjadi pekat.
  9. Tambahkan kerisik dan garam mengikut citarasa. Kari siap untuk dihidangkan.

Nota (Resipi Kari Ayam Simple)

Resipi Kari Ayam Simple – Pastikan tumis bahan-bahan sehingga minyak pecah dan ulangi proses menambahkan air beberapa kali.

Kaedah ini tidak hanya memastikan rempah kari masak dengan baik, tetapi juga menyebabkan kuah kari dapat disimpan lebih lama dan rasa lebih sedap.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment