Resipi Laksa Johor Original Terkini 2024

Posted on

Resipi Laksa Johor Original – Kami ingin berkongsi resepi laksa johor original (resepi laksa johor asli) yang sudah lama kami ingin kongsikan di laman ini.

Namun, sebelum itu mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa laksa johor resepi menggunakan spaghetti berbanding jenis johor laksa yang lain seperti menggunakan laksa daripada tepung beras seperti yang lebih umum digunakan dalam hidangan tradisional lain.

Barangkali ada sejarah laksa johor recipe yang tersendiri, dan ada sumber yang mengatakan penggunaan spaghetti adalah kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari barat.

Namun, kami sendiri tidak pasti. Yang pasti, Laksa Johor memang sangat sedap dan menjadi salah satu hidangan kegemaran kami.

Proses penyediannya agak rumit dan menggunakan bahan-bahan yang unik seperti rempah kari, kerisik, dan isi ikan kurau masin.

Resepi kuah laksa johor yang pekat dan biasanya dimakan dengan menggunakan tangan saja oleh orang Johor. Memang resepi laksa johor sedap sangat apabila disajikan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman segar.

Laksa johor resipi ini diilhamkan daripada resipi Chef Wan tetapi kami mengubah sedikit mengikut sukatan sendiri. Anda harus mencuba resepi ini!

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Ayam Goreng Kunyit Simple Terkini 2024

Bahan Laksa Johor

resipi laksa johor original
imej bahan bahan laksa johor original (bumbu laksa johor original) resipi laksa johor original

Resipi Laksa Johor Original – sebelum ke cara memasak laksa johor original kami sudah kongsikan bahan yang perlu disiapkan sebagai berikut,

  • 1 kg ikan parang atau sardin / resepi laksa johor ikan kembung (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam
  • Bahan-bahan untuk stock udang:
  • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk kisar halus (A):

  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai, hiris nipis
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan-bahan untuk kisar halus (B):

  • isi udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  • isi ikan rebus (dari bahan atas)

Bahan-bahan untuk spaghetti:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak

Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:

  • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  • taugeh, buang ekor
  • daun kesum, hiris nipis
  • kacang panjang, hiris dadu
  • bawang besar, hiris nipis
  • limau kasturi
  • lobak masin,celur dan rincik halus
  • bunga kantan, hiris nipis
  • daun selasih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk sambal belacan:

  • 6-8 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan bakar, sebesar ibu jari
  • air perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Buat Laksa Johor

imej cara masak laksa johor original
imej cara masak laksa johor original (gambar laksa johor original) resipi laksa johor original

Resipi Laksa Johor Original – cara buat laksa johor original dari resipi laksa johor original kami kongsikan sebagai berikut,

  1. Cara-cara untuk stok udang:
    1. Kisar semua bahan sehingga halus.
    2. Kemudian tapis airnya.
  2. Cara-cara untuk spaghetti:
    1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
    2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Cara-cara untuk kuah laksa:
    1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
    2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
    3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
    4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
    5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
    6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan
  4. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
    2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Nota (Resipi Laksa Johor Original)

Resipi Laksa Johor Original – Rasa laksa Johor sangat dipengaruhi oleh jenis ikan yang digunakan. Biasanya ikan parang dipilih kerana dagingnya yang manis dan sedap, tetapi juga boleh dicampurkan dengan ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.

Untuk membuat kuah laksa Johor, ia perlu direbus perlahan-lahan selepas santan dimasukkan supaya kuahnya menjadi pekat dan cantik serta tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Anda juga boleh melihat pelbagai resepi makanan lain di Gudang Resepi supaya anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai resepi makanan Malaysia

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment