Resipi Daging Masak Merah Simple – Resepi daging masak merah ala thai merupakan hidangan kegemaran ramai. Biasanya kita memesannya di kedai makan Thai.
Tetapi kali ini, kita boleh cuba resepi daging masak merah simple yang sangat mudah dan ringkas untuk dibuat di rumah.
Kita tidak memerlukan banyak bahan atau sos perasa seperti di kedai makan daging masak thai. Rasa hidangan resepi daging merah sudah cukup sedap, terutama jika dimakan bersama nasi panas.
Namun pada resepi daging masak merah thai, daging perlu dipotong nipis dan digoreng dahulu agar menjadi lebih enak.
Untuk menambah rasa pedas pada resepi masak daging merah, kita boleh tambahkan bahan seperti sotong kering atau belacan ke dalam hidangan.
Jangan terlalu banyak air dalam hidangan, kerana biasanya daging masak merah mempunyai kuah yang pekat dan likat. Hidangan ini sangat sedap dan berselera apabila dimakan bersama nasi.
Resepi daging thai dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana dan bahan yang diperlukan sangat mudah didapati di dapur. Anda boleh terus memasak hidangan ini jika ada daging di dalam peti sejuk.
Resepi daging masak merah kenduri ini sangat sesuai untuk orang yang sibuk kerana ia mudah dan cepat disediakan. Mari cuba resipi daging masak merah simple ini !
Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resepi Bihun Sup Utara Simple Terkini 2024.
Bahan Daging Masak Merah
Resipi Daging Masak Merah Simple – bumbu daging masak merah pada daging masak merah resepi yang anda perlu siapkan kami senaraikan dibawah ni,
- 1/2 kilo daging lembu
- air secukupnya
- sedikit pewarna merah
- minyak secukupnya
- 1 mangkuk minyak
- 3 ulas bawang putih, cincang kasar
- 1 sudu besar cili kisar (daging masak pedas)
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 batang karot, hiris nipis
- 7-8 biji cili padi, belah 2
- 2 sudu besar sos ikan
- 1/2 mangkuk air rebusan daging
- 1 biji tomato, belah 6
- 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
- 3-4 helai daun limau purut
Cara Masak Daging Masak Merah
Resipi Daging Masak Merah Simple – cara buat daging masak merah pada daging masak merah resipi kami senaraikan dibawah ni,
- Mula-mula, potong daging menjadi dua ketul besar dan rebus dengan air dan sedikit pewarna merah di dalam periuk sehingga lembut. Kemudian, angkat dan sejukkan. Potong nipis daging mengikut arah lawan urat.
- Panaskan minyak dan goreng daging yang telah dipotong nipis sehingga garing. Kemudian, angkat dan ketepikan.
- Perah sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kuning keemasan. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
- Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sebentar.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Kemudian, masukkan hirisan lobak merah, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sebentar sehingga bahan-bahan sebati.
- Akhir sekali, masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.
Nota (Resipi Daging Masak Merah Simple)
Resipi Daging Masak Merah Simple – Tempoh untuk daging menjadi lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Jika menggunakan daging batang pinang, ia akan menjadi lembut dengan lebih cepat semasa proses merebus.
Pastikan untuk membuang tulang tengah daun limau purut supaya elakkan rasa pahit. Potong daun limau purut kecil-kecil supaya dapat mengeluarkan aroma semasa dimasak dengan daging.