Resipi Sambal Udang – Apabila mendengar resepi sambal udang, terlintas dalam ingatan gambar udang besar yang dilimpahi dengan sambal yang lazat.
Anda boleh menggunakan udang galah ataupun udang harimau, hidangan resepi udang sambal pasti memikat selera.
Biasanya, hidangan dengan menggunakan udang besar seperti resepi udang masak sambal ini kerap dihidangkan dalam majlis perkahwinan.
Resepi sambal tumis udang diletakkan cantik di atas meja pengantin. Baru-baru ini, terdapat berita mengenai harga udang galah hanya RM1.00 seketul. Banyak suri rumah yang membeli.
Namun, perlu diingatkan bahawa udang tersebut diimport dari Thailand dan memerlukan masa 4-5 hari untuk sampai ke destinasi. Adakah udang tersebut masih segar dan keras?
Anda perlu berhati-hati kerana penggunaan dos pengawet mungkin melebihi had yang dibenarkan. Secara logiknya, bagaimana isi udang boleh bertahan begitu lama jika dos pengawet yang digunakan melebihi had yang dibenarkan.
Jom tanpa berlu bercakap lagi semak resepi sambal udang sedap dan cara masak udang sambal ini !
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Sambal Udang
Resipi Sambal Udang – bahan bahan udang sambal pada sambal udang resepi kami kongsikan dibawah ini,
- 500g udang, dibersihkan
- 1/2 biji bawang besar, potong nipis
- 1 batang serai, dititik
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
- 1 biji bawang besar
Cara Masak Sambal Udang
Resipi Sambal Udang – cara memasak udang sambal (cara membuat udang sambal) pada sambal udang resipi kami senaraikan dibawah ini,
- Didihkan sebentar cili kering, toskan air dan tumbuk hingga halus bersama bahan-bahan tumbuk yang lain.
- Dalam kuali, panaskan 2 sudu minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan tumbuk, masak hingga harum dan keluar minyak.
- Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dicincang.
- Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Nota (Resipi Sambal Udang)
Resipi Sambal Udang – Ini adalah beberapa tip untuk udang sambal resepi ini:
- Pastikan udang tidak dimasak terlalu lama kerana ia boleh menjadi keras. (Tips udang sambal resipi)
- Ketika menumis bahan kisar, pastikan minyak betul-betul pecah supaya kuah sambal tumis dimasak dengan sempurna.