Resipi Maggi Goreng Basah Simple Terkini 2024

Posted on

Resipi Maggi Goreng Basah Simple – Selamat datang ke dunia masakan di mana kami akan berkongsi resepi terkini yang pasti akan menyelerakan lidah anda – Resepi maggi goreng basah simple!

Hidangan ini merupakan varian terbaru dari hidangan Maggi Goreng yang amat disukai, dan pastinya akan memanjakan selera semua orang.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang mudah diikuti, anda boleh menghasilkan hidangan resipi maggi goreng basah yang lezat di rumah sendiri.

Jadi, mari kita eksplorasi cara penyediaan resepi maggie goreng basah homemade dengan cepat dan mudah, serta nikmati kepuasan masakan yang memenuhi selera di keselesaan rumah!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Maggi Goreng Basah Simple

imej Bahan Maggi Goreng Basah Simple
imej Senarai Bahan Maggi Goreng Basah Simple (gambar maggi goreng basah)

Resipi Maggi Goreng Basah Simple – Bahan basah maggi goreng sukatan cawan pada resepi maggi goreng basah viral kami senaraikan dibawah ini,

  • 2 bungkus mee segera Kari
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 6-8 ekor udang
  • Sayur sawi
  • Sedikit kubis cina
  • 1-2 cawan air
  • Kicap secukup rasa
  • 1 biji tomato
  • 4 tangkai cili padi
  • Daun bawang
  • Limau nipis

Cara Buat Maggi Goreng Basah Simple

imej Cara Buat Maggi Goreng Basah Simple
imej Cara Membuat Maggi Goreng Basah Simple (maggi goreng basah recipes)

Resipi Maggi Goreng Basah Simple – Cara membuat resepi maggi goreng mamak basah sedap pada resepi maggi goreng basah simple kami senaraikan dibawah ini,

  1. Potong bawang putih, tomato, sayur sawi (asingkan batang dan daun), cili padi, kubis cina, daun bawang dan isi ayam.
  2. Celur maggi dalam air mendidih sekejap (agak-agak lembut terlerai). Kemudian bilas dengan air sejuk (untuk stop proses masak).
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  4. Bila bawang naik bau, masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan isi ayam, serbuk lada putih dan kacau separuh masak
  6. Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  7. Masukkan batang sawi dan kubis (bahagian keras).
  8. Masukkan udang (pilihan) dan serbuk perencah maggi.
  9. Tuang air, kicap pekat manis dan maggi yang dah celur tadi.
  10. Masukkan tomato, daun sawi dan daun kubis cina.
  11. Boleh adjust dengan air, kicap dan garam.
  12. Masukkan cili padi.
  13. Hidang dengan taburan daun bawang dan limau nipis

Nota (Resipi Maggi Goreng Basah Simple)

Resipi Maggi Goreng Basah Simple – Pastikan anda mengikuti arahan penyediaan di belakang bungkusan Maggi mee untuk hasil yang terbaik pada resepi maggi goreng basah sedap.

Jangan terlalu lama memasak Maggi mee kerana ia boleh menjadi terlalu lembut dan hilang rasa. Selamat mencuba!

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment