Resipi Lasagna Mudah Terkini 2024

Posted on

Resipi Lasagna Mudah – Saya ingin berkongsi menu sedap hari ini iaitu resepi lasagna mudah. Mungkin sudah jemu dengan makanan Melayu, mari kita cuba makanan Barat.

Kadang-kadang kita perlu menukar selera kita. Bagi peminat makanan Barat seperti makaroni dan spaghetti, bolehlah cuba Lasagna. Pasti anda akan menyukai resepi lasagna simple ini.

Ramai pengikut yang bertanya di mana nak beli kepingan Lasagna. Anda boleh mencarinya di mana-mana pasaraya di bahagian yang meletakkan makaroni atau spaghetti.

Biasanya ia dibungkus dalam kotak, bukan dalam plastik seperti spaghetti. Membuat Lasagna agak mahal sedikit kerana kita perlu menggunakan banyak keju.

Semakin banyak keju, semakin sedap. Tetapi ia benar-benar berbaloi dengan rasa yang sedap itu. Jika anda ingin memahami cara membuat Lasagna, mari semak resepi ini!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Lasagna Mudah

imej bahan lasagna mudah
imej bahan lasagna mudah (resipi lasagna mudah)

Resipi Lasagna Mudah – bahan bahan lasagna pada lasagna recipe kami kongsikan dibawah ini,

  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan sos bolognaise:

  • 300 gram daging atau ayam kisar atau sapi (resepi lasagna daging)
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan sos putih lasagna:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Buat Lasagna

imej cara buat lasagna
imej cara memasak lasagna (lasagna resipi)

Resipi Lasagna Mudah – cara masak lasagna pada lasagna resepi kami kongsikan dibawah ini,

Cara memasak sos bolognaise:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga lembut. Kemudian masukkan bawang putih dan daging kisar. Kacau hingga daging menjadi kering.
  2. Tambahkan serbuk lada hitam dan cendawan. Apabila cendawan sudah layu, masukkan capsicum, carrot, dan sos prego. Masak hingga carrot menjadi lembut. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Pastikan kuah lebih kerana pasta yang digunakan adalah pasta segera atau pasta kering.

Cara memasak sos putih:

  1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  2. Tuangkan susu dan masukkan keju cheddar bersama parmesan cheese. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan serbuk lada putih dan sedikit garam. Hati-hati ketika menambahkan garam kerana keju sudah mempunyai rasa masin.
  3. Angkat dari dapur dan sejukkan.

Cara membuat lasagna:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sapukan mentega pada bekas kaserol agar tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  3. Tuang sos bolognaise dan ratakan. Kemudian, letakkan sos putih, mozarella cheese, dan parmesan cheese.
  4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognaise, sos putih, mozarella cheese, dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
  5. Bakar di dalam oven selama 25 minit. Kemudian buka aluminium foil dan bakar lagi sehingga bahagian atas menjadi keperangan.

Nota (Resipi Lasagna Mudah)

Resipi Lasagna Mudah – Kami mengesyorkan menambah keju untuk menjadikannya rasa lebih sedap dan lazat (resepi lasagna cheese).

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment