Resipi Laksam Terkini 2024

Posted on

Resipi Laksam – Resepi Laksam merupakan hidangan terkenal dari negeri Kelantan (resepi laksam kelantan) dan Terengganu yang juga dikenali di seluruh Malaysia.

Adunan kuetiau laksam resepi yang unik ini diperbuat daripada tepung beras dan dimakan dengan kuah laksam ikan yang di kisar (resepi kuah laksam kelantan).

Jika anda mengidamkan laksam dan ingin merasai kepekatan dan kelezatan kuahnya yang gurih dan lemak, ikuti cara buat kuah laksam yang disampaikan oleh Puan Ameera ini.

Walaupun resepi cara buat laksam kelantan ini mungkin sedikit berbeza daripada yang anda kenal, ia bergantung pada selera dan gaya masing-masing.

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Laksam

imej bahan laksam
imej bahan laksam pada resipi laksam (gambar laksam)

Resipi Laksam – bahan bahan laksam pada resepi laksam kelantan / resepi laksam terengganu kami kongsikan dibawah ini,

  • Bahan untuk kuah laksam:
    • 1/2 kg ikan
    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 1/2 inci halia
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • 3 keping asam jawa
    • seketul gula melaka
    • pati santan dari 1 biji kelapa
  • Bahan untuk laksa kukus:
    • 3 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 4 1/2 cawan air suam
    • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan untuk sambal belacan:
    • 5 biji cili merah
    • 10 biji cili padi
    • 2 biji jus perahan limau nipis
    • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan untuk ulam-ulaman:
    • kacang panjang
    • bunga kantan
    • timun
    • daun kesum
    • taugeh
    • bawang besar
    • limau kasturi
    • kubis

Cara Buat Laksam

imej Cara Buat Laksam
imej Cara Buat Laksam kelantan / cara masak laksam / cara memasak laksam.

Resipi Laksam – cara membuat laksam pada laksam resipi kami kongsikan dibawah ini,

Cara membuat kuah laksam:

  1. Didihkan ikan dengan sedikit air, hingga ikan hampir tenggelam saja. Tambahkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus selama 15 minit.
  2. Setelah ikan masak, dinginkan dan pisahkan isi ikan dari tulangnya. Jangan buang air rebusan ikan, saring dan ketepikan.
  3. Hancurkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga halus.
  4. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang dihancurkan, asam keping dan serai. Masak dengan air rebusan ikan tadi hingga mendidih.
  5. Tambahkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukupnya. Kacau dengan api yang perlahan. Tak perlu memasak kuah terlalu lama, hanya selama 5 minit kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan menjadi kurang sedap.
  6. Sajikan dengan laksa dan ulam-ulaman.

Cara membuat laksa kukus:

  1. Panaskan periuk kukus. Siapkan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Jika tidak ada loyang, gunakan tudung periuk.
  2. Campurkan tepung dengan garam.
  3. Bancuh dengan air suam dan kacau hingga sebati dan tidak berketul. Gunakan whisk untuk pencampuran yang lebih cepat.
  4. Sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
  5. Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Juga boleh alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
  6. Gulung laksam dan ulangi langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
  7. Potong laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

Cara membuat sambal belacan (sambal laksam):

  1. Hancurkan semua cili dan campurkan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.

Cara membuat ulam-ulaman:

  1. Potong halus semua bahan ulam.

Nota (Resipi Laksam)

Resipi Laksam – Boleh disajikan dengan belacan dan garam, mengikut adat orang Kelantan (cara buat laksam kelantan).

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment