Resipi Kari Kambing Terkini 2024

Posted on

Resipi Kari Kambing – Oleh kerana sekarang kita hanya duduk di rumah, terasa keinginan untuk makan kari kambing di kedai mamak atau majlis kenduri (resepi kari kambing kenduri).

Bagaimana jika kita mencuba resepi kari kambing sedap dan pekat daripada Puan Rani Genga? kari kambing resepi ini amat istimewa.

Adakah rasa resepi gulai kambing sendiri lebih sedap? Resepi kambing asal India pasti akan membuatkan anda bersemangat untuk mencuba.

Kari kambing resipi biasanya dianggap sebagai hidangan istimewa kerana tidak semua tempat menyediakannya. Cara memasak kari kambing juga memainkan peranan yang penting.

Oleh itu, ramai orang tidak makan masakan kambing kecuali masak kambing dengan betul dan sesuai dengan selera mereka.

Resepi daging kambing kari ini mempunyai rasa yang sedap dan memuaskan, terutamanya kerana bahan-bahan rempah yang kaya. Jom cuba resepi ini !

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Kari Kambing

imej bahan kari kambing
imej bahan bahan kari kambing recipe (resipi kari kambing)

Resipi Kari Kambing – bahan kari kambing kami akan kongsikan dibawah ini,

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 2 biji tomato, potong 4
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak, untuk menumis

Bahan untuk dibancuh dengan air:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging
  • 2 sudu besar kerisik

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Bahan untuk rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih

Cara Masak Kari Kambing

imej cara masak kari kambing
imej cara buat kari kambing / cara membuat kari kambing (resipi kari kambing)

Resipi Kari Kambing – cara masak masakan kambing kari kami kongsikan dibawah ini,

  1. Cuci daging kambing dengan sedikit tepung gandum hingga bersih dan keringkan.
  2. Masukkan air separuh bagi menenggelamkan daging kambing. Rebus hingga empuk. Jika menggunakan kaedah merebus biasa, masa yang diambil untuk memasak daging kambing hingga lembut adalah kira-kira 2 hingga 3 jam. Jika menggunakan penyediaan tekanan, masa yang diambil adalah antara 30 hingga 45 minit.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar halus.
  4. Masukkan rempah yang telah dicampurkan dengan air dan tumis sehingga minyak pecah. Kacau rata untuk mengelakkan bahagian bawah daripada hangus. Jika terlalu kering semasa tumis, boleh ditambahkan sedikit air.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Tambahkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Sebelum diangkat, masukkan tomato dan tutup api.

Nota (Resipi Kari Kambing)

Resipi Kari Kambing – Kami mengesyorkan rebus daging selama 10 minit dan buang air masak rebusan itu kemudian rebus semula mengikut resipi (agar supaya bau kambing tidak dikuasai.)

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment