Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang Terkini 2024

Posted on

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang – Resipi Tortilla Wrap Ayam Panggang adalah satu hidangan diet yang sangat mengasyikkan.

Gabungan ayam panggang yang sedap dan salad yang segar yang diletakkan di dalam roti tortilla yang lembut.

Dalam hidangan resipi chicken wrap tortilla diet ini, ayam disediakan dengan perapan yang kaya rempah dan kemudian dipanggang hingga masak sepenuhnya.

Salad yang segar dan pelbagai jenis sayur-sayuran juga menjadi sebahagian daripada resipi ayam wrap ini.

Semua komponen Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang kemudiannya digulung dengan rapi dalam roti tortilla dan disajikan sebagai hidangan yang memuaskan dan mudah dimakan.

Dalam artikel ini, kita akan mengupas resepi lengkap untuk Resepi Tortilla Wrap Ayam Sedap dan Mudah yang boleh anda cuba di rumah dengan mudah dan pasti dapat memenuhi selera anda.

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Tortilla Wrap Ayam Panggang

imej bahan tortilla wrap ayam panggang
imej senarai bahan tortilla wrap ayam panggang (Gambar tortilla wrap ayam panggang)

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang – resepi tortilla wrap ayam panggang sukatan cawan pada resepi ayam wrap diet kami senaraikan dibawah ini,

  • Bahan untuk wrap:
    • 6 keping roti tortila (resepi roti tortila chicken diet)
    • Mayonis
  • Bahan untuk ayam panggang:
    • 2 keping ayam bahagian dada
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
    • 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
    • 1/2 sudu kecil garam halus
    • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Bahan untuk salad:
    • Kubis ungu, hiris sederhana nipis
    • Daun salad, hiris sederhana kecil
    • Ceri tomato, dibelah dua
    • Karot, diparut kasar
    • 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)
  • Bahan untuk kuah salad:
    • 3 sudu besar minyak zaitun
    • 3 besar madu
    • 3 sudu besar perahan jus lemon
    • Secubit garam
    • Sedikit serbuk kasar lada hitam

Cara Buat Tortilla Wrap Ayam Panggang

imej cara buat tortilla wrap ayam panggang
imej cara membuat tortilla wrap ayam panggang (tortilla wrap ayam recipes)

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang – cara membuat chicken tortilla wrap pada chicken tortilla wrap resepi kami senaraikan dibawah ini,

Langkah untuk Cara memasak ayam panggang:

  1. Ambil dada ayam dan belah dua, buka lebar tetapi pastikan tidak terputus sepenuhnya.
  2. Rendam ayam dengan lada hitam, bawang putih, garam, dan minyak zaitun selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Panggang ayam dengan sedikit minyak di atas kuali anti-lekat pada kedua-dua belahnya sehingga masak.
  4. Angkat ayam dari kuali dan biarkan rehat selama 10 minit, kemudian potong nipis-nipis.

Langkah untuk cara menyediakan salad:

  1. Campurkan semua jenis daun salad dengan sayur-sayuran lain dan letakkan di tepi.
  2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga sebati dengan baik. Gaulkan kuah salad dengan bahan-bahan salad. Tuang sedikit kuah terlebih dahulu, jika salad terasa kering, tambahkan sedikit demi sedikit.

Langkah untuk cara membungkus salad (tortilla wrap / resepi tortilla ayam diet):

  1. Panaskan roti tortilla di atas kuali anti-lekat selama 2-3 minit di setiap belahannya.
  2. Letakkan salad di atas tortilla dan susun dengan panjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian bungkus atau gulung dengan rapi. Siap untuk dihidangkan (resepi wrap ayam diet tortilla).

Nota (Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang)

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang – Sebelum mengeringkan sayur-sayuran dan salad, rendam mereka dalam air sejuk selama 15-20 minit.

Kemudian, gunakan tisu dapur atau salad spinner (alat pemusing salad yang terbaik) untuk mengeluarkan kelembapan.

Langkah ini penting untuk memastikan salad pada resepi chicken wrap sihat menjadi kekal segar dan mempunyai tekstur yang rangup.

resepi chicken wrap diet boleh dibuat sebagai makanan diet anda dengan mengurangkan tahap gula dan garam.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment