Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan Terkini 2024

Posted on

Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan – Apabila menyebut mengenai resepi biskut tart nenas, teringat akan kelezatan biskut raya yang ini.

Resepi kuih tart nenas dengan rasa yang lembut dan meleleh di dalam mulut serta dihidangkan dengan jem nenas yang masam manis, pasti sangat memuaskan.

Seolah-olah tidak perasan, tart nenas resepi (biskut nenas) tersebut dimakan satu persatu.

Untuk resepi tart nenas gulung ini, anda boleh menentukan kelembutan tart yang diinginkan dengan mengukur jumlah mentega atau marjerin yang digunakan dalam doh.

Jika anda suka resepi tart nenas simple dan yang rangup – gunakan marjerin sahaja. Jika anda suka tart nenas yang rangup dan lembut – campurkan sukatan marjerin dan mentega.

Jika anda suka biskut nanas yang lembut dan meleleh di dalam mulut – gunakan unsalted butter sahaja. Tanpa berlengah lagi, jom cuba resipi ini !

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Tart Nenas

imej bahan tart nenas
imej bahan biskut tart nenas / bahan kuih tart nenas (tart nenas recipe)

Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan – bahan tart nanas pada resipi tart nenas kami senaraikan dibawah ini,

  • Bahan untuk jem:
    • 2 biji nenas, parut dan toskan air
    • 600 gram gula
    • 1 batang kayu manis
    • 2-3 titik pewarna kuning
  • Bahan untuk hiasan:
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu air
    • Setitik pewarna kuning
  • Bahan-bahan untuk tart:
    • 125 gram butter, premium Anchor butter
    • 1 sudu besar gula kastor
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 3/4 cawan tepung gandum*
    • 1/4 cawan tepung jagung*
    • 1 sudu besar tepung kastard*
    • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Cara Buat Tart Nenas

imej cara buat tart nenas
imej cara membuat tart nenas / cara buat biskut tart nenas / cara buat kuih tart nenas

Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan – cara buat tart nanas pada resepi tart nanas kami senaraikan dibawah ini,

Cara-cara untuk membuat Jem Nenas:

  1. Masak nenas yang telah diparut bersama dengan gula.
  2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Cara-cara untuk membuat bahan hiasan:

  1. Kacau sebati kuning telur, air, dan pewarna kuning. Sapukan ke atas tart gulung.

Cara-cara untuk membuat Tart:

  1. Pukul mentega (keluarkan pada suhu bilik) bersama dengan gula sehingga putih dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi, dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (ditanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sebentar.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart nenas gulung, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper atau digris dengan butter.
  5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Celsius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Nota (Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan)

Resepi Tart Nenas Rangup Sukatan Cawan – Jika doh masih agak keras, uli doh dengan mentega lembut sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi mudah untuk dibentuk.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment