Resepi Sotong Kering Masak Sambal Terkini 2024

Posted on

Resepi Sotong Kering Masak Sambal – Artikel ini akan memperkenalkan resepi sambal sotong kering sedap, hidangan yang menggairahkan selera dengan rasa pedas yang lezat.

Gabungan sotong kering dan sambal pedas memberikan keserasian sempurna untuk memuaskan pencinta makanan pedas.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah mudah dan cara untuk menyediakan resepi sotong kering sambal yang menggugah selera.

Jom bersiap sedia untuk menikmati kelezatan pedas dengan resepi sambal sotong kering utara yang menarik ini!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Sotong Kering Masak Sambal

imej Bahan Sotong Kering Masak Sambal
imej Senarai Bahan Sotong Kering Masak Sambal (gambar sotong kering masak sambal)

Resepi Sotong Kering Masak Sambal – Sotong kering masak apa sedap sukatan cawan pada resepi cara masak sotong kering sambal viral kami senaraikan dibawah ini,

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 6-8 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 20-25 tangkai cili kering
  • Atau 2-3 senduk cili kisar

Bahan-bahan untuk lain:

  • 2 ekor sotong kering, saiz besar
  • 1 ketul ubat sotong
  • Air secukupnya, untuk merendam
  • 1 sb gula melaka
  • 2 sb air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sb serbuk kacang tanah

Cara Buat Sotong Kering Masak Sambal

imej Cara Buat Sotong Kering Masak Sambal
imej Cara Membuat Sotong Kering Masak Sambal (sotong kering masak sambal recipes)

Resepi Sotong Kering Masak Sambal – Cara masak sotong kering sambal homemade pada resepi sotong kering masak sambal sedap dan simple kami senaraikan dibawah ini,

  1. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, dan halia.
  2. Hiris nipis bawang besar (untuk menumis).
  3. Cili kering rebus dan buang biji, kalau nak guna cili kisar pon boleh, masuk anggaran 2-3 senduk.
  4. Kacang tanah goreng dan tumbuk kasar (boleh buang kulit dulu kalau rajin).
  5. Masukkan cili kering, bahan potong kasar, belacan dan sedikit air. Kisar halus.
  6. Rendam sotong kering dengan ubat sotong (untuk lembutkan sotong) anggaran 14 jam. Air kena banyak biar sotong tengelam pada cara rendam sotong kering.
  7. Bila sotong dah kembang boleh bilas dengan air 3-4 kali dan buang lendir-lendir yang masih melekat.
  8. Trim buang bahagian kepala sotong yang keras (bahagian mata dan gigi).
  9. Potong kasar janggut (boleh lerai-leraikan kalau tak nak potong) dan badan sotong anggaran 1 ruas jari pada cara lembutkan sotong kering.
  10. Panaskan air sampai mendidih dan rebus sotong anggaran 5 minit (jangan lama).
  11. Bila dah rebus boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
  12. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai kekuningan dan lembut.
  13. Masukan bahan kisar halus dan air (kocak dari blender). Kemudian tumis sampai warna sambal sedikit gelap dan garing.
  14. Masukkan gula melaka, air asam jawa, sedikit air dan kacau sebati. Sambung tumis sampai pecah minyak.
  15. Masukkan garam (sikit je sebab belacan tadi dah masin) dan kacau sebati. Nak tambah perasa pon boleh.
  16. Masukkan sotong dan kacau sebati. Air sotong akan keluar masa ni tapi kalau nak lebihkan kuah boleh tambah air sikit-sikit.
  17. Masukkan hirisan bawang besar dan kacang tumbuk. Teruskan masak sampai bawang layu anggaran 2-3 minit.
  18. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  19. Boleh tabur lagi kacang tumbuk sebagai hiasan.

Nota (Resepi Sotong Kering Masak Sambal)

Resepi Sotong Kering Masak Sambal – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi sambal sotong kering utara ini:

  • Sebelum memasak, rendam sotong kering dalam air suam selama beberapa jam atau semalaman untuk mengembalikan kelembutannya. Ini akan membantu sotong kering menjadi lebih lembut dan lebih mudah dimasak.
  • Jaga agar sotong tidak dimasak terlalu lama kerana ia boleh membuat sotong menjadi liat dan kering. Masak sotong hanya sehingga matang sahaja.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment