Resepi Sandwich Telur Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Sandwich Telur Simple – Roti sandwich resepi menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat kita kerana rasanya enak dan memberi rasa kenyang selain membekalkan nutrisi yang baik untuk kesihatan badan.

Resepi roti sandwich telur terdiri daripada roti sebagai sumber karbohidrat, telur atau bahan protein lain, dan sayuran salad sebagai sumber serat dan vitamin.

Terdapat pelbagai jenis resipi sandwich telur simple yang boleh disediakan seperti roti sandwich sardin, roti sandwich telur, roti sandwich ayam, roti sandwich seafood dan resipi sandwich telur mayonis.

Semua boleh diolah menggunakan resepi sandwich telur sedap tersendiri untuk mendapatkan menu yang lezat dan berkhasiat untuk dimakan.

Roti sandwich biasanya dipotong menjadi segitiga atau segiempat untuk memberikan keunikan dan dinamakan sebagai SANDWICH.

Biasanya, apabila kita makan di Subway, terdapat pelbagai jenis roti, salad, sos dan topping untuk dipilih. Kebanyakannya sangat sedap dan memberi rasa kenyang.

Namun, harganya agak tinggi berbanding dengan rasa sandwichnya. Oleh itu, lebih baik mencuba membuat sendiri untuk menjimatkan wang serta menyediakan menu yang sihat dan sedap untuk keluarga.

Hari ini kami ingin berkongsi resepi mudah roti sandwich telur, mari kita tengok!

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Kuey Teow Goreng Simple Terkini 2024

Bahan Sandwich Telur

imej Bahan Sandwich Telur
imej Bahan Sandwich Telur (gambar sandwich telur)

Resepi Sandwich Telur Simple – bahan roti sandwich telur kami kongsikan dibawah ni,

  • 4 biji telur, direbus
  • 8 keping roti sandwich
  • Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
  • 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
  • 2-3 sudu besar mayonis (resepi sandwich telur mayonis)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Daun salad
  • Tomato
  • keju / daging ham (optional)

Cara Buat Sandwich Telur

imej Cara Buat Sandwich Telur
imej Cara Membuat Sandwich Telur (roti sandwich telur resepi / roti sandwich telur resipi / roti sandiwch telur recipe)

Resepi Sandwich Telur Simple – cara buat roti sandwich telur pada resipi roti sandwich telur kami kongsikan dibawah ni,

  1. Potong bahagian tepi roti di keempat-empat bahagian.
  2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garpu, tetapi jangan terlalu hancur. Biarkan ada sedikit ketulan kasar untuk tekstur.
  3. Campurkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam serta jika ingin tambahkan keju/daging ham slice. Gaul rata.
  4. Sapukan roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato secara rata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut selera anda dan siap untuk dihidangkan.

Nota (Resepi Sandwich Telur Simple)

Resepi Sandwich Telur Simple – Anda boleh menyajikan dengan cara memanggang atau langsung dihidangkan.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment