Resepi Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan – Tengah musim cuaca yang tak tentu ni, memang paling puas makan puding aiskrim lembut dengan krim sejuk masa tengah panas gini.
Kali ni, kita nak kongsi dengan anda resepi yang tak hanya sedap, tapi juga senang nak buat iaitu resipi puding aiskrim oreo homemade.
Paduan yang memang perfect antara lembutnya puding, creamy aiskrim, dan kelezatan Oreo yang rangup, memang confirm dapat memikat selera dan hati semua orang yang suka makanan manis.
Jom, kita terus masuk dalam dunia kelezatan yang penuh dengan kejutan ni, dan kita belajar cara nak buat puding aiskrim oreo resepi simple bagi lidah kita nikmat, dan untuk segarkan hari panas kita!
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan
Resepi Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan – Resepi aiskrim puding oreo simple pada resepi puding aiskrim oreo homemade kami senaraikan dibawah ini,
- 1 paket agar-agar tali
- 1 tin susu cair
- 1250 ml air
- 100 gram gula
- 2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
- 1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
- Aiskrim (x kisah perisa ape pun. kami guna perisa vanila)
- sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)
Cara Buat Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan
Resepi Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan – Cara membuat puding aiskrim oreo viral pada resepi aiskrim oreo puding mudah dan sedap kami senaraikan dibawah ini,
- Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
- Oreo dikisar dlm pengisar kering.
- Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
- Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati, kemudian masukan oreo yg dikisar, kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
- Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang pada cara buat aiskrim oreo puding homemade.
- Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap.
Nota (Resepi Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan)
Resepi Puding Aiskrim Oreo Sukatan Cawan – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi aiskrim agar agar oreo homemade mudah ni:
- Pastikan anda menyesuaikan jumlah gula dengan citarasa anda. Jangan terlalu manis atau kurang manis.
- Bermain dengan hiasan! Anda boleh letakkan serpihan Oreo di atas, atau hias dengan coklat cair untuk penampilan yang menarik.
- Cuba tambahkan pilihan perisa seperti serpihan kacang, coklat cair, atau buah-buahan ke dalam resepi untuk variasi yang menarik.