Resepi Pajeri Nenas Terkini 2024

Posted on

Resepi Pajeri Nenas – Jika anda merupakan peminat resipi pajeri nenas, pasti anda pernah mencuba atau melihat pelbagai jenis pajeri nenas resepi dan cara masakan yang digunakan oleh orang lain untuk menu ini.

Ada yang menggunakan santan dan ada juga yang tidak. Bagi yang menggunakan santan, ada yang suka dengan kuah yang cair dan ada juga yang sukakan kuah yang pekat.

Terdapat pelbagai cara memasak Pajeri Nenas dan bergantung kepada citarasa individu untuk mengolah resepi pajeri nanas tersebut kerana pada akhirnya ia akan dimakan juga, betul tak?

Ada orang yang suka membuang rasa masam pada nenas terlebih dahulu sebelum dimasak kerana biasanya resipi pajeri nanas ini lebih ke arah rasa manis daripada masam.

Jika merujuk kepada tradisi turun-temurun, resepi kuah Pajeri Nenas mestilah pekat dengan penggunaan santan dan rasa mestilah berempah.

Jika semua ini cukup, insyaAllah resepi paceri nenas anda akan menjadi sedap dan resepinya juga mudah untuk diikuti. Jadi, selamat mencuba!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Pajeri Nenas

imej bahan pajeri nenas
imej senarai bahan pajeri nenas (resepi pajeri nenas utara / resepi pajeri nenas johor / resepi pajeri nenas kelantan)

Resepi Pajeri Nenas – bahan pajeri nanas pada pajeri nanas resepi kami senaraikan dibawah ini,

  • 1 biji nenas, saiz kecil
  • 1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
  • 4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 senduk minyak
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh halba campur

Cara Buat Pajeri Nenas

imej cara buat pajeri nenas
imej cara membuat pajeri nenas (resepi pajeri nenas kenduri / resepi pajeri nenas terengganu / pajeri nenas recipe)

Resepi Pajeri Nenas – cara masak pajeri nenas pada pajeri nenas resipi kami senaraikan dibawah ini,

  1. Kulit nenas perlu dikupas dan dipotong bulat dengan ketebalan 1.5cm setiap potongan.
  2. Didihkan air dan rebus nenas selama 4-5 minit untuk mengurangkan keasaman. Kemudian, angkat dan tiriskan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan rempah tumis.
  4. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Tambahkan udang kering dan kacau sebentar. Jika rempah terlalu kering, tambahkan sedikit air untuk mengelakkan bahan-bahan tersebut dari cepat hangus.
  6. Masukkan nenas dan masak sehingga nenas menjadi lembut.
  7. Tambahkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Nota (Resepi Pajeri Nenas)

Resepi Pajeri Nenas – Tambahkan lebih banyak gula kerana pajeri akan lebih sedap jika rasanya manis.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment