Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple – Adakah anda pernah merasai perpaduan unik antara rempah berbau harum dan nasi yang lazat meluncur di lidah?

Dalam dunia masak-memasak, ada satu hidangan yang boleh bawak rasa hangat dan pelbagai cita rasa dari jauh, iaitu Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple.

Dalam artikel ni, kita nak explore dunia kuliner Pakistan dengan kongsikan resepi nasi briyani pakistan sedap dan mudah yang senang tapi boleh buat hati dan perut kita tergoda.

Jom kita rasa sendiri kehebatan cita rasa resepi nasi pakistan briyani homemade dalam hidangan yang tak susah nak buat ni!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Nasi Beriani Pakistan Simple

imej Bahan Nasi Beriani Pakistan Simple
imej Senarai Bahan Nasi Beriani Pakistan Simple (gambar nasi beriani pakistan simple)

Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple – Resepi nasi beriani pakistan sedap dan mudah pada resepi nasi beriani simple pakistan homemade kami senaraikan dibawah ini,

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato (kisar asing tomato)

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 1/2 ekor ayam (7 ketul)
  • 3 sudu besar rempah briyani
  • 3-4 sudu besar yoghurt asli
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan untuk digoreng:

  • 1 cawan gajus
  • 8-10 biji bawang merah kecil

Bahan-bahan untuk masakan ayam:

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji kentang
  • 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
  • 1/2 mangkuk kismis/prune kering
  • 1 ikat daun ketumbar
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
  • 2 liter air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • garam (cukup sehingga air rasa masin)
  • sedikit minyak
  • 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air
  • pewarna kuning untuk hiasan

Bahan-bahan untuk salad:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 1 batang timun
  • jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
  • sedikit gula
  • secubit garam

Cara Buat Nasi Beriani Pakistan Simple

imej Cara Buat Nasi Beriani Pakistan Simple
imej Cara Membuat Nasi Beriani Pakistan Simple (nasi beriani pakistan simple recipes)

Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple – Cara membuat nasi beriani pakisten homemade ringkas pada resepi nasi briyani basmati pakistan viral kami senaraikan dibawah ini,

Langkah untuk cara memasak ayam:

  1. Cincang kasar bawang putih dan halia.
  2. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang holland.
  3. Potong kentang dan tomato kepada ketulan besar.
  4. Hiris kasar daun ketumbar dan daun pudina.
  5. Sediakan kismis atau prune kering, potong kecil-kecil kalau prunee kering.
  6. Bland bawang putih, halia dan air.
  7. Kisar halus tomato.
  8. Perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah dikisar, rempah briyani, yoghurt asli, garam, lada hitam dan gaul sebati.
  9. Perap ayam selama 1/2 jam.
  10. Panaskan kuali dan goreng gajus sehingga keperanggan kemudian angkat.
  11. Goreng pula kentang sehingga keperanggan dan kemudian angkat.
  12. Goreng bawang merah sehingga kekuniggan dan kemudian terus angkat.
  13. Keluarkan sedikit minyak dan mula menumis bawang holland.
  14. Masukkan minyak sapi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam (daun bay).
  15. Bila bawang dah lembut dan semua bahan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap.
  16. Tambah sedikit bawang goreng (jangan habiskan, simpan utk taburan).
  17. Masukkan tomato yang dikisar halus.
  18. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
  19. Masukkan cili padi hijau (dibuang tangkai dan belah hujung) , kentang, kismis atau prune kering, garam, sedikit hirisan daun ketumbar dan sedikit yogurt pada rempah nasi beriani pakistan.
  20. Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, masukkan gula dan tambah air kalau kuah kering sangat pada resepi nasi beriani pakistan simple.

Langkah untuk cara memasak nasi:

  1. Rendam beras basmathi selama 10 minit dan tapis.
  2. Panaskan air, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih), daun salam, lada hitam dan garam.
  3. Masukkan beras dan masak sehingga mendidih (dalam 70 % masak).
  4. Tapis air.
  5. Tuang sedikit minyak ke atas beras (supaya tak melekat) dan ratakan.
  6. Bahagi nasi kepada 3 bahagian dan ayam dua bahagian pada resepi nasi beriani pakistan simple.

Langkah untuk cara susun nasi:

  1. Pertama masukkan nasi kedalam kuali @ rice cooker dan ratakan.
  2. Kedua masukkan ayam dan kuahnya sekali.
  3. Ketiga masukkan nasi dan ratakan.
  4. Keempat masukkan ayam beserta kuahnya, bawang goreng hirisan daun ketumbar.
  5. Dan lapisan terakhir tuang kesemua nasi dan tabur lagi bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
  6. Tuang sedikit minyak.
  7. Titik sedikit pewarna kuning @ saffron.
  8. Tuang susu cair yang telah dicampur dengan air.
  9. Tutup denga penutup yang telah dibalut dengan towel atau kain.
  10. Masak sehingga 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
  11. Bila nasi dah masak, tutup api dan rehatkan 1/2 jam dengan penutup (jangan kacau lagi waktu ni).
  12. Kalau nasi masih keras sikit, boleh tambah sikit lagi air dan sambung masak.
  13. Geburkan nasi dan taburkan dengan kacang gajus dan hirisan daun ketumbar.

Langkah untuk cara membuat salad:

  1. Potong dadu kecil bawang holland, tomato (buang bahagian biji tengah), timun (buang bahagian biji tengah).
  2. Perah jus lemon dan tuang kedalam salad.
  3. Masukkan juga gula, serbuk lada hitam dan garam.
  4. Kalau nak tambah minyak zaitun pon boleh.
  5. Gaul sebati dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidang pada resepi nasi beriani pakistan simple.

Nota (Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple)

Resepi Nasi Beriani Pakistan Simple – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi nasi briyani simple pakistan viral homemade ni:

  • Pastikan api pada peringkat sederhana semasa memasak nasi dan daging untuk elakkan hangit.
  • Untuk kelembutan dan kekayaan rasa, anda boleh tambahkan sedikit susu atau ghee ke dalam nasi semasa memasak.
  • Taburkan bawang goreng dan kacang panggang sebagai hiasan sebelum hidangkan.
  • Hidangkan bersama acar dan raita untuk lengkapkan hidangan. Selamat mencuba resepi nasi beriani pakistan simple !

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment