Resepi Nasi Arab Mandy Terkini 2024

Posted on

Resepi Nasi Arab Mandy – Nasi Arab adalah satu jenis resepi nasi mandi yang mempunyai penggemar sendiri. Orang sangat gemar makan di kedai-kedai yang menyediakan nasi Arab yang sedap.

Namun, harga nasi Arab ini biasanya agak mahal berbanding nasi berperisa lain. Bagaimana jika anda mencuba resepi nasi mandy arab kali ini?

Siapa tahu, apabila anda membuat sendiri mengikut selera anda, anda tidak perlu lagi pergi ke kedai-kedai tersebut. Sebabnya ialah terdapat pelbagai resepi nasi Arab yang berbeza di setiap tempat.

Resepi nasi arab simple ini adalah dari kongsi-kongsi Che Atie. Apabila melihat menu nasi arab iaitu nasi, lauk ayam bakar, sup dan sambalnya, kita pasti akan terliur.

Sangat menggugah selera apabila melihat hasil nasi yang cantik seperti di restoran nasi Arab. Apabila melihat bahan-bahan rempah yang digunakan untuk nasi, kita boleh bayangkan betapa sedapnya.

Ayam juga diperap dengan bahan perapan yang istimewa. Dalam resepi ini, rempah nasi Arab akan dimasukkan ke dalam nasi dan juga perapan ayam. Kemudian ayam itu dibakar.

Memang aroma nasi Arab yang wangi akan naik. Rugi kalau tidak mencuba. Mari kita lihat resepinya.

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Maggi Goreng Simple Terkini 2024

Bahan Nasi Arab Mandy

resepi nasi arab mandy
imej bahan bahan nasi arab mandy

Resepi Nasi Arab Mandy – sebelum ke cara masak nasi arab mandy semak rempah mandy kami kongsikan dibawah ni,

  • Bahan-bahan untuk rempah nasi arab mandy:
    • 2 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu kecil bunga cengkih
    • 8 biji buah pelaga
    • 1 batang kayu manis
    • 3 helai daun salam kering
  • Bahan-bahan untuk nasi mandy:
    • 4 cawan beras basmathi extra long
    • air secukupnya untuk rendam
    • 3-4 sudu besar minyak sapi
    • ½ biji bawang holland
    • 5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)
    • 3 tangkai cili hijau
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 1 – 1 ½ sudu besar rempah mandi
    • 6 cawan stok rebusan ayam
    • 1 mangkuk kecil kismis hitam
    • 4 cawan beras basmathi
    • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk rebusan ayam (resepi nasi arab ayam / nasi mandy ayam):
    • 2-3 sudu besar minyak masak
    • 2 helai daun salam
    • 1 batang kayu manis
    • 2 sudu kecil lada hitam
    • ½ biji bawang holland
    • 10 cawan air
    • 1 kiub ayam
    • 1 ekor ayam (ayam nasi arab)
    • 1 sudu besar rempah mandy
  • Bahan-bahan untuk sapuan nasi arab ayam mandy (Resepi Nasi Arab Mandy):
    • 2 sudu besar minyak zaitun
    • 1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
    • Sedikit pewarna kuning
    • 1 sudu besar jus lemon
    • ½ sudu besar rempah mandi
  • Bahan-bahan untuk salad pada Resepi Nasi Arab Mandy:
    • 1 biji timun
    • 1 biji tomato
    • ½ biji bawang holland
    • sedikit garam
    • sedikit gula
    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1-2 sudu besar jus lemon
    • daun ketumbar
  • Bahan-bahan untuk sos harrah pada Resepi Nasi Arab Mandy:
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 biji tomato
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 1 biji lemon
    • 1 biji cili merah
    • Daun dan batang ketumbar
    • 1 sudu besar jus lemon
    • sedikit garam
    • sedikit gula
  • Bahan-bahan untuk sup pada Resepi Nasi Arab Mandy:
    • Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)
    • Garam secukup rasa
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • ½ sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • Hirisan daun ketumbar
  • Bahan-bahan untuk perasa asap pada Resepi Nasi Arab Mandy:
    • 2 sudu besar minyak masak
    • bara dari arang

Cara Buat Nasi Arab

imej nasi arab mandy resepi
imej nasi arab mandy resepi (gambar nasi arab mandy)

Resepi Nasi Arab Mandy – cara memasak nasi arab mandy kami kongsikan dibawah ni,

  1. Cara-cara untuk rempah mandy :
    1. Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.
    2. Kisar bahan rempah sehingga agak halus.
  2. Cara-cara untuk nasi mandy Resepi Nasi Arab Mandy:
    1. Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut, anggaran 30 minit.
    2. Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.
    3. Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
    4. Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.
    5. Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.
  3. Cara-cara untuk rebusan ayam (resepi ayam nasi arab):
    1. Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.
    2. Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy.
    3. Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.
    4. Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy. Kacau sekata bahan.
    5. Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika.
    6. Bakar ayam pada suhu 180C – 200C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.
  4. Cara-cara untuk sup:
    1. Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.
    2. Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar.
    3. Masak sehingga sup mendidih.
  5. Cara-cara untuk salad:
    1. Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
    2. Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar.
    3. Gaul sekata bahan-bahan salad.
  6. Cara-cara untuk sos harrah:
    1. Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.
    2. Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.
  7. Cara-cara untuk perasa asap.
    1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
    2. Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.
    3. Guna bekas tahan panas dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang.
    4. Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.
  8. Cara-cara untuk hidang nasi arab mandy ayam berempah:
    1. Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon.
    2. Kemudian, nasi arab mandy ayam berempah siap untuk dijamu selera.

Nota (Resepi Nasi Arab Mandy)

Resepi Nasi Arab Mandy – Jika guna pressure cooker untuk memasak nasi, tidak perlu merendam beras dahulu.

Pastikan ayam direbus dengan sempurna, jangan terlalu lembut atau hancur. Selain merebus ayam, cara lain yang boleh dicuba adalah dengan memanggang ayam di atas nasi dan memasukkannya ke dalam ketuhar.

Simpan air rebusan ayam untuk membuat sup dan untuk memasak nasi. Jika tidak ada minyak zaitun, boleh menggunakan minyak masak atau mentega cair sebagai pengganti.

Jika tidak ada smoked paprika, serbuk cili boleh digunakan sebagai pengganti. Jika ada safron, ia boleh digunakan sebagai pengganti pewarna kuning untuk sapuan ayam dan nasi mandy.

Elakkan daripada kerap mengacau nasi semasa memasak agar ia tidak menjadi hancur.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment