Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan – Bila rindu dan kemanisan cita rasa datang serang, memang takde benda yang boleh kalahkan kuih tradisional yang dah terkenal dari dulu iaitu kuih Seri Muka Pandan.
Dengan aroma pandan yang mengoda serta lapisan pulut yang lembut, kuih seri muka pandan resepi viral ni campur adunan manis gula melaka dan kelembutan santan dalam setiap suapannya.
Lagi best, resipi kuih seri muka pandan simple ni guna sukatan cawan, so senanglah nak buat tanpa pening kepala.
Jadi, baik untuk yang baru nak mencuba memasak atau yang sudah lama dalam dunia masakan, resepi seri muka pandan sukatan cawan ini pasti akan memikat selera!
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan – Resipi kuih seri muka pandan simple pada resepi kuih seri muka pandan sedap dan mudah kami senaraikan dibawah ini,
Bahan untuk lapisan bawah
- 250 gram beras pulut
- 200 ml santan (sederhana pekat)
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
- 60 gram tepung gandum*
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
- 70 gram gula pasir
- 2 biji telur Gred A
- 225 ml santan pekat
- 1/2 sudu teh garam
- 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
- Pewarna hijau(optional)
Cara Buat Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan – Cara masak kuih seri muka pandan sukatan cawan pada kuih seri muka pandan resepi homemade kami senaraikan dibawah ini,
Langkah untuk cara membuat lapisan bawah :
- Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
- Toskan beras pulut seketika
- Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
- Kukus selama 30 minit
- Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
- Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Langkah untuk cara membuat lapisan atas :
- Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
- Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
- Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
- Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
- Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang. Siap disajikan.
Nota (Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan)
Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi kuih seri muka pandan homemade dibawah ini:
- Pastikan santan yang digunakan tidak terlalu pekat. Anda boleh menggabungkan santan pekat dengan air biasa jika perlu.
- Sebelum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut.
- Gunakan sudip yang dicelupkan sedikit dalam minyak untuk memadatkan lapisan atas dengan lembut supaya ia menjadi lembut dan rata.
- Anda boleh menghias kuih dengan potongan daun pandan atau bijirin sebagai hiasan untuk menambahkan elemen visual yang menarik. Selamat mencuba resepi kuih seri muka pandan sukatan cawan !