Resepi Grill Chicken Wrap Homemade Terkini 2024

Posted on

Resepi Grill Chicken Wrap Homemade – Selamat datang ke dunia citarasa Malaysia!

Dalam artikel ini, kami akan meneroka rahsia untuk mencipta resipi grill chicken wrap lazat yang menggoda lidah, mengisi perut, dan memberikan pengalaman santapan luar biasa dari keselesaan dapur anda sendiri.

Bahan-bahan yang digunanakan cukup simple dah tidak renyah. Grill chicken wrap resepi simple bila dimakan dengan isi ayam dan sayur memang lagi sedap, menu ni juga sesuai sangat yang nak diet.

Jom, bersedia untuk menggaulkan keenakan dalam resepi chicken grill wrap homemade ini?

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Grill Chicken Wrap Homemade

imej Bahan Grill Chicken Wrap Homemade
imej Senarai Bahan Grill Chicken Wrap Homemade (gambar grill chicken wrap homemade)

Resepi Grill Chicken Wrap Homemade – Resepi grill chicken wrap mudah dan sedap pada resepi grill chicken wrap simple homemade kami senaraikan dibawah ini,

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 2 ketul dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk paprika salai
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun extra virgin

Bahan-bahan untuk salad dressing:

  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 3 sudu besar jus lemon
  • ΒΌ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil dijon mustard
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar madu

Bahan-bahan untuk lain-lain:

  • Sayur salad
  • Timun
  • Tomato ceri
  • Karot
  • Roti tortilla bijirin penuh

Cara Buat Grill Chicken Wrap Homemade

imej Cara Buat Grill Chicken Wrap Homemade
imej Cara Membuat Grill Chicken Wrap Homemade (grill chicken wrap homemade recipes)

Resepi Grill Chicken Wrap Homemade – Cara membuat grill chicken wrap viral homemade pada resepi grill chicken wrap sedap simple dan mudah kami senaraikan dibawah ini,

Langkah untuk cara membuat perapan ayam:

  1. Tos dan keringkan ayam lepas dibersihkan lalu masukkan kedalam bekas.
  2. Masukkan parutan halus bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk paprika salai, sedikit serbuk cili, sedikit garam dan minyak zaitun extra virgin.
  3. Gaul rata kesemua bahan pada bahagian ayam. Pastikan bahagian ayam disalut dengan rata.
  4. Perap ayam minimun 2 jam atau semalaman.
  5. Sesudah diperap, panaskan kuali dan goreng ayam lalu masukkan minyak zaitun extra virgin.
  6. Kemudian, tutup sebentar anggaran dalam 30 saat lalu buka penutup dan alih ayam tersebut. Ulang cara yang sama 2 atau 3 kali sehingga ayam masak sempurna.
  7. Angkat selepas kedua-dua belah bahagian kelihatan sudah terpanggang dan masak.
  8. Rehatkan sekejap ayam panggang tersebut.
  9. Sapu madu diatas ayam panggang lalu potong ayam.

Langkah untuk cara salad dressing:

  1. Rendam salad yang telah dibasuh dengan air sejuk.
  2. Hiris nipis timun, lobak merah, dan potong tomato ceri.
  3. Tapis sayur yang direndam dan keringkan sayur menggunakan salad spinner (jika ada).
  4. Masukkan minyak zaitun extra virgin didalam bekas yang berpenutup dan diikuti dengan perahan jus lemon. Kuantiti bagi kedua bahan ini adalah sama banyak.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan dijon mustard pada Resepi Grill Chicken Wrap Homemade.
  6. Goncang bahan-bahan tersebut lalu masukkan secubit garam, madu dan sambung goncang sehingga sekata.

Langkah untuk cara membuat roti tortilla:

  1. Panaskan roti tortilla diatas kuali. Alih untuk panaskan kedua belah bahagian roti tortilla.
  2. Gunting roti sampai ke tengah. Bahagi kepada 4 bahagian di mana bahagian pertama disusun ayam panggang, bahagian ketiga diletak salad, timun, lobak merah dan tomato ceri bersama salad dressing yang dibuat. Tambah mayonis biasa atau rendah lemak diatas ayam panggang.
  3. Kemudian, balut roti tortilla mengikut bahagian dan grill chicken wrap siap untuk dihidang.

Nota (Resepi Grill Chicken Wrap Homemade)

Resepi Grill Chicken Wrap Homemade – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi grill chicken wrap homemade simple dibawah ini:

  • Untuk memastikan ayam tidak kering, pastikan untuk tidak memasaknya terlalu lama. Ayam yang matang sempurna masih kekal lembut dan berair.
  • Pilihlah sos yang sesuai seperti sos yogurt, mayonis, atau sos pedas. Sos ini akan memberikan perasaan segar dan menambah cita rasa pada wrap.
  • Jangan ragu untuk menambahkan pelbagai bahan tambahan seperti keju, sambal, atau rempah khas untuk memberikan rasa yang unik pada wrap anda.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment