Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut Terkini 2024

Posted on

Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut – Selamat datang ke dalam artikel terkini tentang Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut!

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda resepi menarik untuk membuat cakoi yang rangup luaran dan lembut dalaman.

Resipi Cakoi rangup dan lembut merupakan makanan tradisional yang amat popular di kalangan penduduk Malaysia.

Ikutilah panduan langkah-demi-langkah yang mudah ini untuk mencipta resepi cakoi viral rangup yang sedap dan memuaskan selera anda serta keluarga.

Teruskanlah membaca untuk mengetahui rahsia kejayaan dalam mencipta cakoi yang sempurna!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Cakoi Lembut Dan Rangup

imej Bahan Cakoi Lembut Dan Rangup
imej Senarai Bahan Cakoi Lembut Dan Rangup (gambar cakoi lembut dan rangup)

Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut – Resepi cakoi sukatan cawan pada resepi cakoi untuk berniaga kami senaraikan dibawah ini

Bahan-bahan untuk cakoi:

  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 1/2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 biji telur
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Sedikit minyak untuk sapuan

Bahan-bahan untuk sos kastard pandan:

  • 1 1/2 cawan susu full cream atau santan
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil ekstract pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara Buat Cakoi Lembut Dan Rangup

imej Cara Buat Cakoi Lembut Dan Rangup
imej Cara Membuat Cakoi Lembut Dan Rangup (cakoi lembut dan rangup recipes)

Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut – Cara membuat resepi cakoi pandan sos moist homemade pada resipi cakoi lembut dan rangup kami senaraikan dibawah ini,

Langkah untuk cara membuat cakoi rangup dan lembut:

  1. Masukkan tepung gandum, yis kering, garam (letak jauh sikit dari yis), baking powder, gula kastor, telur, susu, air dan minyak kedalam mangkuk.
  2. Uli adunan sampai jadi doh. Tambah 1 sb minyak masa hujung-hujung proses menguli.
  3. Gris mangkuk dengan minyak.
  4. Pindah masukkan doh kedalam mangkuk dan rehatkan selama 1-2 jam.
  5. Tabur sikit tepung atas papan canai.
  6. Keluarkan doh dan uli sikit untuk buang lebihan udara.
  7. Canaikan atau leperkan doh menjadi segi empat tepat.
  8. Potong doh anggaran saiz 8cm x 3cm pada resepi cakoi cina gebu.
  9. Cara 1 sapu sekeping doh dengan sedikit air dan tindan dengan sekeping lagi doh. Tabur sedikit tepung dan tekan di tengah (boleh tekan dengan chopstick atau lidi).
  10. Cara 2 ambil sekeping doh, tabur tepung (untuk elak melekat) dan tekan di tengah.
  11. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam).
  12. Tarik perlahan-lahan cakoi dan goreng sehingga keperangan.
  13. Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng pada resepi cakoi viral homemade.
  14. Angkat dan toskan minyak (Resepi cakoi sedap dan mudah).

Langkah untuk cara membuat sos pandan kastard:

  1. Masukkan susu full cream (atau santan), tepung kastard, ekstrak pandan, pewarna hijau dan gula ke dalam periuk.
  2. Bukak api perlahan dan kerap kacau.
  3. Bila kastard dah pekat masukkan sedikit garam. Boleh tambah susu atau air kalau kastard terlalu pekat.
  4. Hidang bersama cakoi rangup resepi (resepi sos cakoi simple dan sedap).

Nota (Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut)

Resepi Cakoi Rangup Dan Lembut – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi cakoi lembut dan rangup dibawah ini:

  • Pastikan untuk menambah tepung secara beransur-ansur sehingga anda mendapat konsistensi adunan yang tepat. Jangan campurkan terlalu banyak tepung kerana ini boleh menyebabkan cakoi menjadi keras.
  • astikan minyak dalam keadaan panas sebelum menggoreng cakoi. Gunakan suhu api sederhana supaya cakoi masak dengan sempurna, rangup di luar dan masak merata di dalam.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment