Resepi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan – Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi satu resipi yang pasti akan memikat selera anda – Resepi Cheesecake Brownies Sukatan Cawan !
Paduan yang lezat antara kelembutan brownies coklat dengan keharuman dan kelembutan cheesecake yang menggoda lidah pasti akan menjadikan hidangan ini sebagai kegemaran anda sekeluarga.
Dengan langkah-langkah yang mudah diikuti, anda pasti akan berjaya menghasilkan kek brownies cheesecake yang lembut dan sedap.
Jadi, jom kita teruskan pembacaan untuk mengetahui resepi brownie cheesecake sedap dan mudah ni !
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Brownies Cheesecake Sukatan Cawan
Resepi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan – Cheesecake brownies resepi sukatan cawan pada resepi marble cheese cake brownies homemade kami senaraikan dibawah ini,
Bahan untuk adunan brownies:
- 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
- 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
- 150g (3/4 cawan) gula perang
- 2 biji telur
- 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
- 1 biji telur
- 225g (1 cawan) cream cheese
- 50g (1/4 cawan) gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Buat Brownies Cheesecake Sukatan Cawan
Resepi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan – Cara membuat resepi cheesecake brownies moist pada resepi marble cheese cake brownies lembut sukatan cawan kami senaraikan dibawah ini,
Langkah untuk cara membuat adunan cheesecake:
- Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
- Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Langkah untuk cara membuat brownies lembab:
- Panaskan oven pada suhu 160 C. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
- Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
- Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
- Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
- Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble pada resepi brownie cheesecake simple dan mudah.
- Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek ‘set’ di bahagian tengah.
- Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil (Resepi brownies cheesecake gebu dan lembut).
Nota (Resepi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan)
Resepi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan – Berikut senarai tips pada Resipi Brownies Cheesecake Sukatan Cawan dibawah ini:
- Elakkan membuka pintu ketika memanggang brownies cheesecake kerana perubahan suhu yang mendadak boleh menyebabkan kek tidak naik dengan baik.
- Biarkan brownies cheesecake sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk memastikan kek mempunyai tekstur yang sempurna (brownies cheesecake resepi).