Resepi Begedil Daging Sedap Dan Mudah –Dalam artikel ni, kami akan kongsi resepi begedil daging yang memang senang nak buat.
Bergedil daging resepi adalah hidangan kegemaran yang seringkali membuai selera. Kelembutan dan keharuman begedil yang diisi dengan daging adalah penggoda utama yang tidak boleh diabaikan
Bahan resepi begedil daging homemade sedap dan mudah semua senang dapat, dan langkah-langkah pun tak susah.
Jadi, jom kita masak dan belajar buat begedil daging yang boleh buat semua orang terpegun, dari mulut sampai ke perut!
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Begedil Daging Sedap Dan Mudah
Resepi Begedil Daging Sedap Dan Mudah – Resepi bergedil daging sedap dan mudah pada begedil daging resepi homemade kami senaraikan dibawah ini,
- 500gm ubi kentang
- 200 gm daging kisar – goreng tanpa minyak
- 2 teh lada sulah-tumbuk lumat
- 1 sudu besar bawang goreng
- 2 tangkai daun sup – dihiris halus
- 1/2 labu bawang besar – di potong dadu
- 2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
- Garam secukup rasa
Cara Buat Begedil Daging Sedap Dan Mudah
Resepi Begedil Daging Sedap Dan Mudah – Cara masak begedil daging sedap dan mudah pada resipi begedil daging sedap dan mudah kami senaraikan dibawah ini,
- Mula –mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.
- Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.
- Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.
- Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.
- Guna api sederhana je. Tips supaya bergedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.
Nota (Resepi Begedil Daging Sedap Dan Mudah)
Resepi Begedil Daging Sedap Dan Mudah – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resep begedil daging sedap dan mudah ini:
- Ketika merebus kentang, pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak air, kerana ia boleh mengurangkan kepekatan kentang dan membuat begedil terlalu lembik.
- Cincang bawang dan herba seperti daun sup atau cilantro halus-halus agar ia sebati dengan baik dalam adunan begedil.
- Goreng begedil dengan minyak yang cukup panas untuk mendapatkan kekeringan yang baik dan warna keemasan yang sempurna.
- Untuk tambahan rasa, hidangkan begedil dengan sambal atau cili potong yang pedas.