Resepi Ayam Ungkep Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Ayam Ungkep Simple – Resepi ayam masak ungkep paling sedap adalah masakan tradisional dari orang Jawa yang pastinya akan memikat selera anda.

Anda pasti akan jatuh cinta dengan hidangan resipi ayam ungkep kerana rasa yang khas dan sesuai dengan selera kita.

Jika anda ingin menikmati hidangan ayam berkuah tanpa menggunakan santan, anda boleh mencuba resepi ayam ungkep jawa ini.

Resepi ungkep ayam dimasak dengan rempah ratus seperti kari tetapi resepi ayam masak ungkep jawa bukan hidangan kari. Ayam direbus dalam rempah yang telah diungkep hingga masak.

Hidangan tradisional masak ungkep ayam ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas dan kuahnya yang kaya dengan rempah.

Anda pasti akan teruja dengan kelezatan hidangan ayam masak ungkep simple (masakan ayam ungkep).

Tanpa menunggu lama, berikut kami kongsikan resepi ayam masak ungkep jawa asli yang dikongsi oleh ‎Atier Syah‎ di laman Facebook.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini.

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Ayam Ungkep

imej bahan ayam ungkep
imej bahan ungkep ayam / bahan ayam masak ungkep jawa asli (ayam ungkep recipe / ungkep ayam recipe)

Resepi Ayam Ungkep Simple – bahan bahan ayam ungkep pada ayam ungkep resepi kami senaraikan dibawah ini,

  • 1kg ayam – potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :

  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak Ayam Ungkep

imej cara memasak ayam ungkep
imej cara masak ayam ungkep / cara memasak ungkep ayam / cara masak ungkep ayam (ungkep ayam resepi / ungkep ayam resipi)

Resepi Ayam Ungkep Simple – cara buat ayam ungkep pada ayam ungkep resipi kami kongsikan dibawah ini,

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sebelum ini ke dalam kuali dan tumis sehingga minyak keluar.
  3. Kemudian masukkan potongan ayam ke dalam kuali dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  4. Tambahkan air sedikit-sedikit dalam kuali dan kacau sesekali untuk memastikan ayam tidak hangus atau hancur.
  5. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan bahan perasa pilihan. Teruskan memasak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka dengan kuah yang lebih, tidak perlu memasak sampai kering.
  6. Angkat kuali dari api dan hidangkan hidangan bersama dengan nasi panas.

Nota (Resepi Ayam Ungkep Simple)

Resepi Ayam Ungkep Simple – Untuk meningkatkan rasa, anda boleh menambahkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih.

Pastikan bahan-bahan yang telah dikisar ditumis dengan baik sehingga minyak pecah, jika tidak, ia boleh menyebabkan perut anda sakit setelah makan.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment