Resepi Ayam Pandan Thai Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Ayam Pandan Thai Simple – Satu lagi hidangan yang popular di Thailand ialah resepi pandan bungkus ayam.

Menu resepi pandan ayam thai ini sering menjadi kegemaran di restoran-restoran yang menyajikan masakan Thai.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan resepi untuk cara membuat pandan bungkus ayam Thai dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.

Resipi ayam pandan Thai sedap dan mudah ini boleh dimasak di rumah sendiri. Hidangan ini juga sering dipesan oleh pelanggan-pelanggan yang datang ke restoran Thai.

Boleh dikatakan bahawa resepi ayam pandan thai simple ini merupakan salah satu hidangan yang paling popular selepas tomyam Thai.

Bahan-bahan untuk perapan pandan bungkus ayam resepi ini hanyalah bahan-bahan biasa seperti bawang besar, halia, dan lain-lain yang akan memberikan tekstur yang lembut dan citarasa yang sedap pada ayam.

Selain itu, daun pandan yang digunakan untuk membungkus ayam memberikan aroma yang harum. Jom cuba resepi ayam bungkus pandan sedap dan simple ini dan kongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Ayam Pandan Thai Simple

imej bahan ayam pandan thai simple
imej senarai bahan ayam pandan thai simple (gambar ayam pandan thai)

Resepi Ayam Pandan Thai Simple – resepi ayam bungkus pandan thai sukatan cawan pada ayam pandan thai resepi kami senaraikan dibawah ini,

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
  • sedikit garam
  • daun pandan saiz besar secukupnya
  • bilah pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Cara Buat Ayam Pandan Thai Simple

imej cara buat ayam pandan thai simple
imej cara membuat ayam pandan thai simple (ayam pandan thai recipes)

Resepi Ayam Pandan Thai Simple – cara membuat ayam bungkus pandan thai pada ayam bungkus pandan thai resepi kami senaraikan dibawah ini,

  1. Bersihkan ayam dengan teliti.
  2. Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang telah dihancurkan dan juga bahan-bahan lainnya (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama sekurang-kurangnya 1/2 jam.
  3. Bungkus potongan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Jangan bungkus terlalu rapat dan biarkan sedikit ruang. Gunakan bilah pencucuk gigi atau lidi untuk mengelakkan daun pandan terbuka.
  4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga ayam masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Nota (Resepi Ayam Pandan Thai Simple)

Resepi Ayam Pandan Thai Simple – Terdapat beberapa tips dalam resepi ayam goreng pandan thai ini:

  1. Kicap cair sudah mempunyai rasa yang masin, jadi perlu berhati-hati apabila menambah garam supaya tidak terlalu masin.
  2. Jika tidak ada kunyit hidup, anda boleh menggantikannya dengan serbuk kunyit.
  3. Bahan-bahan yang dinyatakan hanyalah anggaran, dan anda boleh menyesuaikannya mengikut citarasa untuk menambah atau mengurangkan beberapa bahan.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment