Resepi Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah – Nak bagi pelbagai citarasa pada hidangan ayam yang sedap, takde yang lebih power dari resipi ayam masak kung pao sedap dan mudah.
Gabungan pedas, manis, masin, dan sedap gurih, memang menyelerakan semua orang.
Daging ayam yang dimasak betul-betul dengan kacang tanah rangup dan serpihan sayur baru, menghasilkan rasa dan tekstur dalam setiap suapan ayam masak kung pao sedap dan mudah resepi viral.
Lagi best, resepi ayam masak Kung Pao ni senang nak buat. So, jangan lepaskan peluang nak cuba resepi ayam masak kung pao lembut dan sedap ni. Confirm sedap dan puaskan perut serta lidah!
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah
Resepi Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah – Resepi ayam masak kung pao simple dan sedap pada resepi ayam masak kung pao lembut dan sedap kami senaraikan dibawah ini,
- 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
- 5 biji cili kering, dipotong dua
- 2 inci halia muda, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
- 1/3 biji karot, hiris nipis
- 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
- 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)
- sedikit daun bawang, potong 1 inci panjang
- 1/2 mangkuk kecil minyak masak
Bahan untuk perapan:
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2-3 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
- 2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu besar air
Cara Buat Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah
Resepi Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah – Cara masak ayam masak kung pao mudah dan sedap pada ayam masak kung pao sedap dan mudah resepi viral kami senaraikan dibawah ini,
- Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
- Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
- Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
Nota (Resepi Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah)
Resepi Ayam Masak Kung Pao Sedap Dan Mudah – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi kung pao masak ayam mudah dan sedap dibawah ini:
- Potongan ayam dalam saiz yang sama dapat memastikan ayam masak dengan sekata.
- Sentiasa pastikan kuali cukup panas sebelum memulakan masakan.
- Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering. Selamat mencuba resepi ayam masak kung pao sedap dan mudah!