Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple – Dalam artikel ini, kami ingin mempersembahkan resepi Ayam Masak Thai simple dan mudah untuk disediakan di rumah.

Hidangan resepi ayam thai sukatan cawan ini memadukan kelezatan dan keunikan cita rasa masakan Thai yang terkenal dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh.

Dengan langkah-langkah ayam masak sos thailand yang ringkas dan petua yang kami berikan, anda akan dapat menikmati hidangan ayam masak ala thai resepi yang sedap dan memuaskan.

Mari kita mulakan perjalanan memasak dan hidangkan hidangan resepi ayam masak ala Thai simple dana sedap ini di rumah!

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Ayam Masak Thai Simple

imej bahan ayam masak thai simple
imej senarai bahan ayam masak thai simple (gambar ayam masak thai)

Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple – resepi ayam masak thailand sukatan cawan pada resipi ayam masak thailand kami senaraikan dibawah ini,

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 6 ulas bawang putih
    • 1 ketul kunyit hidup
    • 4-5 biji cili merah besar
    • 1-2 cili hijau besar
    • 7-8 biji cili padi , lebihkan kalau nak pedas
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk ayam masak thai:
    • ½ ekor ayam
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • minyak secukupnya
    • 3 batang serai, dititik
    • 7-8 helai daun limau purut
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 ½ sudu besar sos tiram
    • air secukupnya untuk kuah
    • sedikit gula melaka
    • garam secukup rasa
    • ½ biji bawang holland ,kalau bawang kecil guna 1 biji
    • perahan jus limau nipis, anggaran 1 biji kecil

Cara Buat Ayam Masak Thai Simple

imej cara buat ayam masak thai simple
imej cara membuat ayam masak thai simple (ayam masak thai recipes)

Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple – cara memasak ayam thai pada resepi ayam masakan thai kami senaraikan dibawah ini,

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  2. Campurkan ayam dengan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Kemudian, alihkan ayam ke tepi (resepi ayam goreng thailand).
  4. Buang kelebihan minyak dari penggorengan ayam, biarkan hanya sekitar 2 senduk.
  5. Tumis serai sehingga harum, kemudian tambahkan bahan yang telah dikisar halus. Kacau sehingga minyak pecah dan warna menjadi sedikit gelap. Kira-kira 10 minit.
  6. Masukkan separuh daun limau purut yang telah dikupas tulang tengahnya. Kacau hingga bau daun limau purut keluar.
  7. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti dengan sos cili, sos tiram, dan sedikit air supaya kuah ada. Tutup sekejap supaya ayam masak dan meresap kuah.
  8. Tambahkan separuh baki daun limau purut yang tinggal.
  9. Masukkan sedikit gula Melaka dan garam secukup rasa.
  10. Tambahkan irisan bawang Holland. Kacau hingga layu.
  11. Matikan api. Perah jus limau nipis ke dalam masakan, perah sedikit dahulu dan rasa. Jika kurang masam, tambahkan lagi dan kacau rata.
  12. Hias dengan taburan daun limau purut dan irisan cili merah. Nikmati dengan nasi putih panas.

Nota (Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple)

Resepi Ayam Masak Ala Thai Simple – Berikut adalah beberapa tips untuk ayam masak thai resepi ini:

  1. Pastikan anda menambahkan perahan limau setelah mematikan api. Jangan masukkan terlalu awal, kerana ia boleh memberikan rasa pahit dan mengurangkan kelezatannya.
  2. Tambahkan perahan limau sedikit demi sedikit, dan rasa masakan. Jika rasa masakan kurang masam, anda boleh menambahkan lebih banyak perahan limau.
  3. Jika anda ingin supaya masakan lebih berkuah, anda boleh menambahkan lebih banyak bahan yang telah dikisar dan tambahkan air lebih banyak supaya menghasilkan lebih banyak kuah.

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment