Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan Terkini 2024

Posted on

Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan – Dalam pelbagai jenis apam, resepi apam gula hangus viral merupakan salah satu yang menjadi kegemaran.

Ini disebabkan oleh rasa manis yang sedap dan wanginya yang menggoda. Resepi kuih apam gula hangus sukatan cawan ini juga kerap membuatkan kita terus makan tanpa henti kerana teksturnya yang lembut dan gebu.

Selain itu, bentuk resipi kuih apam gula hangus yang bulat juga memudahkan untuk dimakan hanya dalam dua suapan.

Kebiasaannya, apam biasanya dibuat dalam acuan biasa atau menggunakan papercup (acuan apam).

Namun, kali ini kita akan mengubah sedikit selera dengan membuatnya dalam acuan kuih seri ayu untuk memberikan bentuk yang lebih cantik.

Resepi apam gula hangus fluffy dan lembut pasti akan memberikan kegembiraan terutama kepada anak-anak. Anda boleh membuatnya sebagai hidangan sarapan pagi atau untuk minum petang.

Jika anda ingin membuat apam dalam jumlah yang banyak sebagai makanan kudapan, tiada masalah. resepi apam gula hangus tahan lama ini jika disimpan dalam bekas yang tertutup.

Ia masih enak dan sedap walaupun disimpan selama 2-3 hari.

Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.

Bahan Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

imej bahan apam gula hangus sukatan cawan
imej senarai bahan apam gula hangus sukatan cawan (apam gula hangus recipes)

Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan – resipi apam gula hangus sukatan cawan pada kuih apam gula hangus resepi kami senaraikan dibawah ini,

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar susu pekat

Cara Buat Apam Gula Hangus Sukatan Cawan

imej cara buat apam gula hangus sukatan cawan
imej cara membuat apam gula hangus sukatan cawan (Gambar apam gula hangus lembut dan gebu)

Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan – cara membuat kuih apam gula hangus lembut dan gebu pada resepi apam gula hangus lembut dan gebu kami senaraikan dibawah ini,

  1. Sapukan sedikit minyak pada acuan dan letakkan di sisi.
  2. Saringkan tepung gandum dan baking soda, kemudian letakkan di tepi.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  4. Letakkan gula pasir dalam kuali dan panaskan gula (jangan kacau sehingga gula berubah menjadi keperangan).
  5. Apabila gula mulai berubah keperangan, kacau sehingga gula larut dan masukkan air panas. Biarkan gula larut dan sejuk.
  6. Masukkan minyak jagung, majerin, telur, esen vanila, dan susu pekat ke dalam pengisar makanan/blender. Bancuh sehingga kembang putih (sekitar 30 saat hingga 1 minit). Masukkan sedikit garam (jika menggunakan mentega tanpa garam).
  7. Masukkan bahan yang telah disaring dan sirap gula hangus yang telah sejuk. Gaul sehingga sebati (kira-kira 1 minit).
  8. Rehatkan adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
  9. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
  10. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit (Resepi apam gula hangus sukatan cawan).

Nota (Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan)

Resepi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan – Ini beberapa tips yang perlu diambil kira dalam resepi kuih apam gula hangus sedap dan mudah ini:

  1. Gunakan kuali yang tebal untuk mengelakkan gula daripada cepat hangus dan untuk memastikan panasan yang sekata.
  2. Kacau gula dengan menggunakan hujung senduk atau cawan kayu untuk mengelakkan gula daripada melekat dan menjadi keras. Anda juga boleh menggunakan chopstick sebagai alternatif.
  3. Pastikan tidak menuangkan adunan terlalu penuh ke dalam acuan agar tidak meluap semasa memasak.
  4. Jika menggunakan pengukus tradisional, balut penutup dengan kain untuk mengawal kelembapan semasa proses pengukusan (resepi kuih apam gula hangus tradisional).

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment